Menjadi Lebih baik dan terbaik walaupun buruk dimata orang | Doakan Orang Tua Anda | Sedekahkan harta anda Kepada Fakir Miskin dan Kaum yang tertindas | Hari ini Mungkin kematian menjemput kita tetapi maka dari itu kerjakanlah kebaikan walau di mata manusia tak ada harganya

Monday, April 17, 2006

KATA MUTIARA (WAKTU)

• Setiap insan dikurniakan 24 jam sehari di dalam hidupnya. Bergantung pada dirinya bagaimana untuk menguruskannya. Ada yang merasakan 24 jam sehari tidak mencukupi baginya dan ada juga yang merasakan terlalu sukar untuk menghabiskannya.
• Orang yang berjaya dalam hidupnya amat menghargai masa. Pepatah ada mengatakan, "Masa itu emas". Apabila masa terbuang bermaksa kita telah menghabiskan harta kita dengan sia-sia. Orang yang berjaya telah merancang masa mereka sebaik mungkin supaya kegiatannya berjalan lancar dan tiada gangguan.
• Orison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang bergarga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kemarin dan kemarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya.
• Micheal Faraday ada berkata, "Satu-satunya yang saya hargai dalam hidup ini adalah masa. Jika masa itu boleh dibeli, setiap hari saya akan membelinya".
• Coba kita perhatikan masyarakat Jepang. Mereka amat mematuhi dan menepati masa kerja. Hasilnya, Jepang telah berjaya menjadi sebuah negara industri yang menguasai dunia. Kita juga boleh berjaya dalam hidup kita sekiranya kita juga ada disiplin diri dan amat menghargai masa kita.
• Orang yang berjaya tidak akan membiarkan masa berlalu. Setiap detik digunakan untuk memanfaatkan sesuatu. Oleh itu, gunakanlah masa sebaik mungkin. Renungkanlah satu pengalaman menarik dari Benjamin Franklin, seorang yang berjaya dalam semua bidang. Franklin mempunyai sebuah kedai buku yang dijaga oleh seorang pekerja. Seorang pelanggan ingin membeli buku yang berharga seringgit. Dia minta dikurangkan. Apabila tidak berjaya, dia ingiin menemui tuan punya kedai. Apabila Franklin mendengar kata pemuda itu ia terus berkata "Mengapa saudara ingin menemui saya?" Pemuda itu lalu bertanya tentang harga buku tersebut. Franklin memberitahu harganya $1.50 yaitu lebih 50 sen. Pemuda itu terkejut lalu bertanya. "Apakah encik tidak keliru?" tanya pemuda itu. "Tidak, kau telah memanggil aku dan masa terbuang untuk melayan kamu. Jadi kamu harus membayar kerugian masa saya," kata Franklin. Dari cerita di atas, kesimpulannya masa itu sangat penting dan berharga.
• Ingatlah, kalau kita pandai menggunakan masa, ia akan memberi hadiah kepada kita, yaitu kajayaan. Jika kita mensia-siakan masa, kita akan kecewa.

No comments:

Humanity|Respect|Try To Not Cry